Cikgu Aisah
Cikgu Aisah |
cheap online trading websites intext:e_mail site:id - Teman itu seperti bintang Tak selalu nampak Tapi selalu ada dihati, Sahabat akan selalu menghampiri ketika seluruh dunia menjauh Karena persahabatan itu seperti tangan dengan mata Saat tangan terluka, mata menangis Saat mata menangis, tangan menghapusnya
Assalammualaikum...
Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.
Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....
30 Mei 2013
Menimba pengalaman di tempat orang.
Jauh perjalanan luas pemandangan...
Assalammualaikum WBK…
Kalau diberi pilihan untuk melancong ke Jakarta atau Bandung,agak-agak mana satu pilihan anda?.Jakarta adalah ibu negara Indonesia manakala Bandung adalah salah satu bandar yang popular di Indonesia. Destinasi kami ialah Jakarta Puncak Bandung.
Secara jujurnya saya akan memilih Bandung kerana Kota Bandung macet(kesesakan)nya tidak separah Jakarta.Kebanyakan barang-barang yang ada di Jakarta boleh didapati dengan mudah di Kota Bandung.Cuaca di Bandung agak sejuk berbanding Jakarta.
Apa yang menarik di Bandung adalah tempat melancong dan juga pusat membeli belah.Dari tempat membeli belah mewah seperti Paris Van Java sehinggalah ke Pasar Tradisional,semuanya ada di Bandung.Soal harga ianya murah jika kita pandai tawar menawar.
Semasa berada di Bandung hanya 3 tempat menarik yang sempat kami berkunjung,memandangkan waktu yang sangat terhad,jadi kami hanya singgah ditempat-tempat yang popular.
Hari pertama kami berkunjung Puncak Bandung dan sempat singgah di Safari…Hari kedua kami ke Bandung dan hari ketiga kami ke Tangkuban Perahu,tempat ini adalah kawasan pergunungan gunung berapi yang tidak aktif ,kesan letusan masih boleh dilihat dengan jelas.Hari keempat kami ke Jakarta dan berabgkat pulang ke Malaysia.
Dalam perjalanan....
Kami berlepas dari lapangan terbang Kuala Lumpur.
Di dalam pesawat
Sampai di Jakarta...
Tiba di Lapangan Terbang Soekarno - Hatta Jakarta
Lapangan terbang Soekarno - Hatta Jakarta
Perjalanan menuju ke Puncak...
.
Menaiki bas Pariwisata dari kota Jakarta menunju ke Puncak melalui Tol Cipularang
Pemandu pelancong kami Pak Agus yang peramah orangnya.
Makan tengah hari di Rumah Makan Sunda
Membasah tekak dengan kopi 'Luwak' yang sedap..
Hanya iklan...(Sop Buntut " Sop ekur" sebenarnya...)
Taman Safari Indonesia
keret untuk makanan penghuni Safari...
Rumah Makan (Restoran)..
Gurame terbang...
Guramee bakar
Sambal belacan menu wajib kat sana....
Berselera menekmti ikan guramee terbang...
Kami berenam sempat sambut ulang tahun kelahiran....
chewah...siapa sangka sambut kat luar negara...
Menekmti hidangan tengah hari..
.Bukan sahaja dihidangkan makanan tempatan tetapi kepuasan mata disegenap tempat makan juga diberi perhatian penting bagi membuka selera. Itu la keistimewaan kedai- kedai makan disekitar puncak yang memberi sentuhan alam semulajadi sebagai tempat melepaskan penat perjalanan menuju ke Puncak
Perjalanan yang meletihkan tapi puas dengan keindahan alam yang mengamit setiap mata yang memandang. Jauh disudut hati ingin aku berkongsi setiap pengalaman dan kepuasan di dalam bentuk gambar gambar yang mungkin menarik perhatian setiap kita untuk menikmati keindahan itu. Itu la Puncak..
Ladang teh menuju ke Puncak...
Keindahan Puncak boleh di abadi dengan pemadangan ladang teh yang luas mata melihat.
Itu la Puncak
Bermalam di Suria Indah di Puncak ...
Penjual jalanan berada di mana-mana...
Tangkuban Perahu
Tangkuban prahu merupakah salah satu tempat pelancongan yang terkenal di Indonesia. Gunung tangkuban prahu terletak di Bandung Jawa barat. Tangkuban Perahu bermaksud perahu yang terbalik.
Ada beberapa kes menarik berlaku ketika kami sampai di puncak bukit.Setiba kami di sana,kami disambut oleh penjual cenderahati.Bukan seorang malah beberapa orang yang menawarkan cenderahati.Lawatan kami agak terganggu kerana mereka ini asyik menawarkan cenderahati tanpa henti.
Mereka ini sangat peramah,mereka sedia mengikuti kita kemana sahaja selagi kita tidak membeli jualan mereka.Pada saya mereka adalah peniaga,tetapi jangan sampai menganggu orang ramai dengan memaksa membeli barangan mereka.Terus terang saya katakan,saya memang tidak selesa dengan mereka.
Harga yang mereka tawarkan lebih mahal dari biasa kerana pada tanggapan mereka orang Malaysia semuanya kaya-kaya dan banyak duit.Untuk rakan yang hendak bercuti kesana berhati-hatilah.Kalau boleh tawarlah harga separuh dari harga yang mereka tawarkan atau beli saat anda hendak pulang,saya pasti harga lebih murah yang akan ditawarkan oleh mereka.
Dimana ada gula disitu ada semut. Dimana ada tempat tumpuan pelancong disitu ada peniaga jalanan. Memang menjadi kebiasaan tetapi perlu berhati hati dan perlu pandai tawar menawar. Gelagat mereka kadang kadang menlucukan tetapi itu la salah satu usaha mencari rezeki. Bersyukur la kita diberi rezeki yang baik.
Hutan Catang Malang
Hutan Catang Malang berada di Desa Wargajaya dan Desa Sukawangi, Kecamatan Sukamakmur, Kabupaten Cianjur.
Sari Ater Hot Spring
Tempat-tempat Shoping di Bandung dan Jakarta
..
Bandung memiliki banyak factory outlet. Rumah Mode adalah salah satu factory outlet
di kota Bandung yang paling ramai dikunjungi.
Pasar Baru antara lokasi paling popular bagi warga Malaysia bershopping sakan, penuh beg ditangan, cuba sekadar mengingati kepada mereka yang baru pertama kali atau dah berkali kali pun kena juga, penyeluk saku ramai di sini, pastikan pak Joko ada berdekatan, mereka tak berani sekiranya ada warga tempatan bersama kita.
Di Kota Jakarta..
Menara Monas mercu tanda ini terletak di tengah -tengah Kota Jakarta.Nak masuk kena bayar lebih kurang IDR 7800. Tugu Monas ni tingginya 137 meter. ia adalah simbol perjuangan Indonesia untuk mendapatkan kemerdekaan. Pembinaannya bermula semasa era pemerintahan Sukarno iaitu pada tahun 1961 dan siap pembinaanya semasa era pemerintahan Suharto, 1975.
Jika tidak silap diatas menara tersebut terdapat emas seberat 50 kilo…
kenderaan comel ….salah sebuah pengakutan di Kota Jakarta.
Berangkat pulang ke Malaysia...
Insyallah ....Hingga ketemu lagi di lain destinasi....
Dengan adanya informasi yang kami sajikan tentang cheap online trading websites intext:e_mail site:id
, harapan kami semoga anda dapat terbantu dan menjadi sebuah rujukan anda. Atau juga anda
bisa melihat referensi lain kami juga yang lain dimana tidak kalah bagusnya tentang 5 Cara Membuat Poster Inggris+Contohnya
. Sekian dan kami ucapkan terima kasih atas kunjungannya.
buka contoh marketing : http://aisahibrahim.blogspot.co.id/2013/05/menimba-pengalaman-di-tempat-orang.html
No comments:
Post a Comment