PERIKLANAN
PERIKLANAN |
1. Komunikasi Bukan Peribadi
Komunikasi ini bukan secara bersemuka atau secara peribadi dan ia ditujukan kepada kelompok-kelompok manusia (Kanak-kanak, remaja, usahawan). Kelompok mungkin pada Wanita, Lelaki tahan lasak yang suka mengembara dan agrasif. Jelasnya ia tidsak terlalu rapat seperti jualan langsung.
2. Biasanya Dibayar
Iklan yang muncul di Radio, TV, dibayar kepada media tersebut, Contohnya iklsn Rokok, dengan penyediaan, penerbitan, penyiaran. Harganya berbeza-beza Prime time lebih mahal. Iklan dadah, Keselamatan jalanraya, Penjimatan elektrik tidak berbayar. Tindsakan mereka tidak menerima bayaran kerana untuk khidmat awam.
3. Selalunya Bersifat Memujuk
Ia bermaksud untuk mempengaruhi sesaorang mengarahkan fikiran kepada sesuatu keluaran atau idea. Iklan juga berusaha meyakinkan ianya berfaedah. Walaupun begitu ada juga yang bertujuan untuk mengingatkan pengguna kepada sesuatu berangan
4. Ciir-ciri iklan
Keluaran barangan perkhidmatan dan idea, pengiklanan tidak terbatas pada peningkataan jualan, juga meluas untuk perkhidmatan , contohnya bank pinjaman dll. Servis kereta, hotel dan poslaju. Pengiklanan juga diguna untuk idea politik. Prospekters adalah diantaranya. Agama, Sosial, Ekonomi oleh badan- badan berkanun dan berkepentingan.
5. Oleh penaja yang dikenalpasti
Disebabkan alasan yang sedia maklum, oleh itu nama mereka ditonjolkan, dikenali oleh orangramai. Bagaimanapun organisasi seperti badan politik, agama dan sebagainya tetapi bukan untuk untung, meterial tetapi untuk kuasa, keadilan sosial dan masyarakat beragama dan bertamadun.
6. Melalui pelbagai media
Kebanyakan iklan mengimbangi khalayak melalui mediamassa, akbar, radio, Tv, majalah, papan iklan dan sebagainya dan tidak kurang juga melalui surat, helaian atau risalah (pemplet). Saluran lain ialah berbentuk poster, iklan dibadan kenderaan awam dan sebagainya.
Sejarah Iklan
Pada masa dahulu contohnya menggunakan cap mohor, lukisan cina menggunakan lambang. Sejarah iklan dibarat bermula dari tahun 1700 lagi. Iklan pertama di Amarika ialah pada tahun 1704 menggunakan lukisan, mengikut peredaran masa di Malaysia pada awal kurun 1900 semasa pedagang asing membawanya untuk menjual barangan, papan yang digantung di bahu, poster. Akbar pertama pada tahun 1945 – Strait Times (15 July 1945).
Jenis-jenis Iklan
1. Mengikut Khalayak Sasaran
Jika dijeniskan ada 2, Pengguna dan Peniaga
i) Pengiklanan Pengguna
Ia dituju pada persaorangan yang membeli atas sebab peribadi untuk kegunaan sendiri atau isirumah.
Ditaja oleh pembuat barangan, peruncit, pemborong
Contoh barangan Bayi, Majalah Timang dan Majalah Keluarga.
Dituju pada pembeli yang membaca
Iklan sabun dan rokok di TV
- 16 -
ii) Pengiklanan Perniagaan
Ianya dagang Industri, profesional,Iklan dagang untuk menggalakkan pemborong dan peruncit untuk membeli serta menyimpan balik kepada pengguna contohnya Mesin, barang pembinan dan bahagian barang pasang siap.
2. Mengikut Kawasan Sasaran
i) Antarabangsa
Ditujukan pada pasaran luar negeri atau asing contohnya tempat percutian, pengangkutan dan penerbangan. Bahan komoditi untuk menggalakkan perniagaan, penggunaan barangan pengguna atau Industri luar.
ii) Kebangsaan
Dituju pada pengguna seluruh negara umpamanya iklan serbuk pencuci guna semula medianya bersifat nasional dan maklumat yang disebarkan ialah kepada rumahtangga dan khalayak.
iii) Daerah
Meliputi hanya daerah sahaja contohnya kawasan Tengah, Selatan, Utara dan sebagainya.
iv) Tempatan
Dikenali sebagai iklan peruncit iaitu harga di kawasan peruncit tersebut dengan edaran pemplet, Radio dan sebagainya Barangan/Perkhidmatan
3. Mengikut Media
i) Iklan percetakan
Menggunakan Media cetak yang utama, Akbar, Majalah dan risalah
ii) Pengiklanan Siaran
Terdiri daripada Radio, TV, Wayang gambar & Video memainkan peranan penting
iii) Pengiklanan Pos Langsung
Alat yang digunakan ialah Surat, Kad lipatan, Hamparan, Lapuran tahunan, Risalah dan lain-lain
iv) Pengiklanan Luaran
Terdiri daripada Poster, Iklan persinggahan, Iklan diatas Teksi, di badan Bas dan lain-lain.
Mengikut Fungsi Atau Tujuan
Jenisnya:-
Barangan atau bukan barangan
Bertujuan menjual barang/perkhidmatan, menjual idea/perkhidmatan. Iklsn syarikat koporat untuk membentuk sikap positif seperti persatuan pengguna, Persatuan Pencinta Alam. Pengiklanan Imej – Tujuan iklan untuk menyanggah tanggapan pengguna pada syarikat, menggalakkan seni & budaya.
Perniagaan / Bukan Perniagaan
Tujuan untuk membantu jualan barangan untuk membuat untung. Ditaja oleh badan politik dan badan-badan kebajikan. Dicipta untuk mengubah sikap seperti menggunakan gas dengan berhati-hati, membina nama baik Institusi.
Langsung / Tidak Langsung
Bertujuan untuk mendapat tindakan langsung contonya melalui Pos , Cupon untuk mendsapat tawaran percuma. Melalui pendapat yang positif dalam penggunaan daripada pesaing.
Permintaan Utama / Terpilih
Tujuan permintaan utama untuk meningkatkan permintaan sesuatu barangan seperti Susu Segar, Air Kelapa Muda, Ulam dan Minyak Kelapa Sawit.
- 17 –
KONSEP KREATIVITI
Definasi:-
Rollo May: Satu proses penciptaan sesuautu yang baru.
E. Poul Torens: Proses mengesan masaalah jurang informasi – mencipta idea atau hipotisis (andaian) hasilnya berdasarkan pelaksanan proses.
- Design – Implement – Testing / Demonstrate
Manusia Kreatif
Ciri-ciri:-
Ego dan mempunyai kemahiran yang tinggi
Dapat membezakan sesuatu yang terbaik diantara yang baik dengan cepat
Mereka adalah bebas ( tidak terkongkong ) tidak terikat dengan tiori
Kurang berminat dengan apa orang lain kata tentang mereka
Kurang menekankan aspek tindakbalas
Dapat menghadapi hal-hal abstrak dengan mudah
Dapat menghargai pengiktirafan yang kecil
Mereka selalu merasakan mereka penting.
Ron Hoff – Nilai-nilai yang sama bagi manusia kreatif
Suka menjadi pemerhati kepada suasana manusias
Gemar mencipta kes untuk mempengaruhi orang lain
Contohnya:- Sesuatu yang tidak terfikir oleh orang lain tetapi untuk kebaikan
Melihat sesuatu perkara dengan cara ysng berbezadaripada orang lain
Contohnya:- Komposisi, Warna, Penghayatan , Aspek ketuhanan, Keaslian/Semulajadi
Mahu orng lain melihat apa yang dilakukannya.
Stratigi Kreatif
Berkaitan dengan cara menjual (keluaran / perkhidmatan dsan idea)
Rekacipta untuk mencapai sesuatu tujuan – bergantung pada hasil periklanan (kesan)
Tujuan – Meransang percubaan, mengujudkan kesedaran (khidmad awam), untuk cara hidup yang baik (sihat), mengurangkan kadar jenayah.
Ciri-ciri Stratigi Kreatif
Mudah : Senang difahami (khususnya pembeli) Stratigi mudah, mesej jelas, kesan positif
Khusus: Dinyatakan secara terus atau langsung
Layak diiklankan : Mesej yang hendak diiklankan dan barang bermutu, tidak menyinggung orang lain
Selaras dengan apa yang ada pada produk.
Ketahanan: Tahan lama, stratigi mampu untuk bertahan dalam jangkamasa lama (evergreen)
- 18 -
MENYEDIAKAN IKLAN
Landasan Naskah Iklan (Lapuran)
Membentuk Konsep
Memilih Pendekatan
Melibatkan penulisan naskah Iklan (Copy Ptatform) rancangan stratigi, kenyataan perancangan, polisi
ataupun rangka naskah yang mengandungi:-
Objektif – Matlamat pengiklanan (matlamat dan jangkaan)
Khalayak
KonsepUtama/Manfaat Utama
Manfaat Sampingan
Kenyataan Stratigi Kreatif
Objektif – Matlamat pengiklanan
i) Membina kesedaran tentang jenama baru
ii) Mengubah imej sedia ada
iii) Memelihara personaliti yang ujud
iv) Meyakinkan pengguna tentang manfaat baru barangan
v) Pengiklanan barangan dengan cara baru/unik
Khalayak
Target bagi satu-satu iklan (nyata atau pun kabur) dengan ciri-ciri:-
i) Demografi (Data Pribadi)
Umur, Jantina, Pendapatan, Taraf Pendidikan,Taraf Perkahwinan, Bilangan Anak,
Bangsa, Agama, Warna Kulit.
ii) Psikografi
Tingkah laku, Tabiat pembeli, sistem nilai bangsa atau masyarakat
iii) Geografi
Lokasi, Tempat tinggal dan Prospek
Konsep Utama / Manfaat Utama
Key, Konsumer, Benefit
Unique, Selding, Prepasition (USP)
Satu panduan pada keseluruhan
Manfaat Sampingan
Merujuk kepada tawaran terkuat barangan tarikan paling bermakna pada barangan. Apabila wujud kekuatan pada barangan ia menojolkan barangan (USP) Perlu juga dinyataskan ciri-ciri kelebihan lain. Kelebihan barangan harus didedahkan.
Kenyataan Stratigi Kreatif
Harus dibuat dalam bentuk lapuran bagi meyakinkan khalayak, tektik yang dirancang. Gambaran kepada perkara yang akan dilakukan dan bagaimana mesej boleh dilakukan daripada idea utama secara terus menerus.
Membentuk Konsep
Berdasarkan kepada sumbangan yang boleh difokuskan untuk keperluan manusia.
Keperluan Psikologi – Makanan, Perlindungan, Keinginan
Psikologikal – Keselamatan, keselesasan, status, kualiti. Boleh juga dikaitkan dengan hubungan barangan dan perasaan.
- 19 -
Tarikan Pengiklanan terpilih
Selera
Citarasa
Minat & Kecenderungan
Konsep Kesihatan
Ketakutan
Humur
Keselamatan
Kebersihan
Daya tarikan jantina
Pencapaian Sosial
Cita-cita
Keselesaan Peribadi
Kebenaran Sosila
Belas Kasihan Terhadap orang lain
Perasaan bersalah
Kemegahan Pada Diri Sendiri
Keselesaan Rumahtangga
Kemegahan dengan adanya Harta
Keseronokan Berekriasi
Hiburan
Peluang Untuk Masalapang Yang lebih
MengelakTugas Yang Membosankan
Menambah Pendapatan
Gaya
Kemegahan Memiliki Sesuatu
Sifat Ingin Tahu
Pembaharuan Orang Lain
Sopan Santun
Rehat Dan Tidur
Penjimatan Penggunaan
Penjimatan Pembelian
Kecekapan Dalam Penggunaan
Boleh Dipercayai Penggunaannya
Mutu Boleh Dipercayai
Ketahanan
Pelbagai Jenis Pilihan
Mudah
Sukan Atau Permainan
Aktiviti Fizikal
Kerjasama
- 20 -
Memilih Pendekatan
Jalan cerita bagi satu-satu iklan dilaksanakan. Bergantung pada tujuan kita (pengiklanan)
Contohnya – memujuk, memberitahu, menghibur, melibatkan dua aspek:-
Nada
Gaya
Nada Faktual
Dengan cara rasmi, tidak menakutkan dan lucu. Fakta yang benar tentang produk, suara yang digunakan harus sesuai dengan iklan tersebut. Emosional – dalam keadaan sedih, mengharap, gembira dan seronok
Gaya
Demontrasi yang dibuat dalam bentuk lakunan (cerita ringkas).
Nada - berbentuk Logik, Emosional mengujudkan perasaan sedih.
Jenaka – melalui lakunan.
Gaya – Yang boleh menyayat hati.
Faktul – Boleh menggunakan Model, Pelakun, Aahli Politik, Penyanyi dsg.
IKLAN CETAK
Bermula di Singapura (News Straits Times). Membolehkan masa yang lebih kepada audian (khalayak) merneliti mesejnya. Iklan yang baik akan mampu menarik perhatian khalayak buat masa yang lama. Bahan-bahan adalah terbatas dalam ruang yang terbatas. Impak yang dikehendaki sama dengan media elektronik.
Headlines (Tajuk Utama)
Dalam saiz yang agak besar berbanding Body Copy
Tajuk Utama diadakan:-
Menghentikan pembaca dengan tarik perhatian
Menimbulkan minat terhadap dakwaan iklan. Menggunakan Headline ringkas dan mencukupi menarik minat
Mempengaruhi pembaca terus membaca naskahnya (keterangan lanjut dan headline)
Memilih Prospek yang diutamakan oleh pembaca
Menentukan perkhidmatan / barangan.
Menawarkan sesuatu yang bermanfaat.
Jenis-jenis Tajuk Utama
Mempersembahkan Berita
Kerap ditemui - Kesannya orang amat berminat pada perkara baru dan dalam hal ini perkara-perkara baru , ciri-ciri dan kegunaannya. Bermula dengan perkataan “Di Sini” dan sebainya.
Membuat Dakwaan
Memerlukan kenyataan yang kuat, tegas dan dapat dipercayai
Yang Memberi Nasihat
Pengiklan sebagai Pakar – Orang yang berkuasa tentang sesuatu berupa nasihat.
Menimbulkan Tandatanya
Adakalanya pembaca tertanya- tanya lalu ingin tahu perkara selanjutnya, Apakah akan berlaku ?
Di Mana ? . Jawapan akan diberi pada mukasurat yang berlainan atau hari yang berlainan.
Memberi Arahan
Menyuruh pembaca melakukan sesuatu perkara (sesuatu yang kuat).
- 21 -
Slogan
Memiliki kelebihan utama bagi produk tersebut
Tajuk Kecil
Boleh berada di atas atau di bawah tajuk utama (kickle). Kecil dasri tajuk utama untuk menyampaikan fakta jualan utama dengan cepat. Dikhaskan untuk fakta penting, mudah diingati seperti yang diperkatakan dalam tajuk utama. Mengukuhkan tema iklan dan body copy.:-
i) Harus membayangkan yang ia sedang berbual dengan audian
ii) Jangan meleret-leret , terus terang , katakan dengan khusus
iii) Elakkan keterlaluan – berkata benar dan katakan dengan menarik
iv) Hendaklah bersemangat, mesra dan meninggalkan kesan.
Style Body Copy
Garisan Lurus
Berbentuk Cerita
Dialog
Gambar
Gimik (Pendekatan luarbiasa untuk menarik perhatiana)
Garisan Lurus
Dalam Copy Garis Lurus – menghuraikan secara terus terang, matlamatnya jelas untuk menjual jenama tersebut.
Berbetuk Cerita
Mengemukakan suatu masaalah dan mengemukakan pula penyelesaian tersubut dengan barangan yang diiklankan.
Copy Dialog
Menambah kepercayaan pada Copy berbentuk cerita – Watak yang digambarkan diambil dari watak sebenar dan dialog sebenar bukan skrip.
Gambar
Menggunakan gambar untuk menjelaskan produk
Gimik
Menggunakan perkataan jenaka, puisi, kesamaan bunyi dan sebagainya. Membesar-besarkan sesuatu kelucuan atau helah-helah laian. Gimik yang digunakan logik dan boleh dipercayai.
- 22 –
KELAS PENGGUNA
Kelas Atasan Tinggi
Ciri-ciri:
Terdiri daripada orang terkemuka yang kaya sejak turun-temurun (mewarisi kekayaan). Mereka dalam kelas ini hidup mewah, mempunyai kuasa yang besar tetapi menggunakan secara diam-diam.
Kelas Atasan Rendah
Ciri-ciri:
Dikenali juga dengan panggilan Orang Kaya Baru, Usahawan, Peniaga, Profesional, Berada, walau bagaimanapun belum sampai pada tahap Kelas Atasan Tinggi
Kelas Pertengahan Atas
Ciri-ciri:
Peniaga kecil yang berjaya, kakitangan kerajaan yang mempunyai pangkat,profesional yang mencapai kejayaan sederhana (di pinggir kota) cita-cita tinggi meningkatkan diri pada kelas atasan.
Kelas Pertengahan Rendah
Ciri-ciri:
Ahli-ahlinya menjawat jawatan bawah pengurus, memiliki perniagaan sendiri atau berjawatan peringkat bawah dalam kerajaanPauth pada undang-undang berorentasi kepentingan kekeluargaan.
Kelas Bawahan Tinggi
Ciri-ciri:
Pekerja mahir dan tidak mahir dikenali kelas pekerja (buruh) kurang berusaha maju kehadapan
Kelas Bawahan Rendah
Ciri-ciri:
Penduduk yang berpendapatan rendah, perasaan putus asa dan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kurang mengambil berat tentang pendidikan dan sering berserah pada nasib sahaja.
Keperluan Psikologi
Makanan, Minuman, Udara, Rehat dan Seksual.
Keperluan Keselamatan
Pergantungan bayi pada penjaga, menghindarkan keadaan luarbiasa, ancaman dan jaminan ekonomi.
Keperluan Sosial
Persahabatan, Kasih sayang dan semangat kekitaan.
Keperluan Penghormatan
Status, martabat diri, kejayaan, penghormatan, penghargaan dll.
Penghasratan Diri
Cita-cita yang memuaskan hati.
- 23 -
KONSEP IKLAN
1. Nilai yang dimasukkan dalam persembahan iklan yang bertujuan untuk memenuhi keperluan fungsi sosial, psikologi dan ekonomi yang ada kaitannya dengan apa yang ditawarkan.
Rangka cerita yang sesuai dengan kenyataan stratigi.
Corak Keperluan Sakan
1. 0 hingga 5 tahun (Kanak-kanak Kecil)
Barangan perdagangan
Makanan Bayi
Barangan mainan
Perabut milik kanak-kanak
Pakaian kanak-kanak
2. 6 hingga 19 tahun (Kanak-kanak sekolah termasuk belasan tahun)
Pakaian
Kelengkapan sukan
Bekalan sekolah (beg sekolah, kasut dan sebagainya)
Alat solek (jika perempuan)
Kenderaan sendiri
3. 20 hingga 34 tahun (Dewasa muda)
Kenderaan seperti kereta
Perabut
Rumah
Pakaian
Kelengkapan rekriasi (reket sukan dan sebagainya).
4. 35 hingga 49 tahun (Umur pertengahan peringkat muda)
Rumah yang lebih besar
Kereta – yang lebih baik (kereta ke dua)
Kelengkapan rekriasi
5. 50 hingga 64 tahun (Umur pertengahan peringkat tua)
Pembelian untuk mereka yang baru berkahwin dan juga bayi.
6. 65 atau lebih (Dewasa Tua)
Rawatan perubatan
Pelancungan
Pembelian untuk peringkat umur yang lebih muda
- 24 -
KADAR PENGGUNAAN BAGI PENGGUNA SAKAN
Sasaran iklan untuk golongan sakan
CEKING – Jarang-jarang
SEDERHANA – Kualiti Sederhana
SAKAN – Pengguna Mejoriti
5 Status Pengguna
Inovetor
Orang bandar yang suka pada benda baru, sangat berani menghadapi risiko, mencuba idea baru.
Penerima Awal
Orang yang dirujuk sebagai inovetor, penerima awal dan orang akan terpengaruh.
Mejoriti Awal
Berfikir terlebih dahulu sebelum menerima.
Mejoriti Lewat
Golongan yang berhati-hati dan menerima selepas orang lain menerima sesuatu.
Mereka Yang Ketinggalan
Berpandu pada masa lampau dan syak wasangka terhadap pengeluaran dan menerima agak lambat.
Faedah Yang Dicari – Ekonomi (harga rendah) berdasar kemampuan, hanya produk bersesuaian dengan kemampuan.
- 25 -
IKLAN RADIO
Demo pengeluaran:-
Menghuraikan bagaimana pengeluaran digunakan
1. Kuasa Suara
Kuasa komersil itu terletak pada suara yang unik.
2. Bunyi Elektronik
Mesin bunyi tiruan yang melahirkan bunyi dikait dengan produk.
3. Wawancara Pelanggan
Jurucakap akan membincangkan wawancara pelanggan.
4. Wawancara Palsu Dan Lucu
Wariasi wawancara pelanggan dengan cara tidak serius, ucapan atau kenyataan berlebih-lebihan.
Ciri-ciri :- Kenyataan tentang keluaran biasanya satu tipuhelah dan mengikut sukaramai, komersil, mengubahsuai satu-satu sensasi semasa, pertunjukan pelakun hebat.
5. Demensi ke 6
Memadatkan masa dan peristiwa dalam masa yang singkat dan melibatkan pendengar dalam projeksi masa depan.
6. Kuasa Pelawak
Pelawak terkenal membuat dalam cara sendiri, mengesahkan barangan, orang yang terkenal.
7. Demografi
Muzik atau rujukan yang merayu pada golongan atau penduduk tertentu seperti kumpulan umur / yang berminat. Penggubahan spontan tanpa sebarang persiapan terlebih dahulu untuk dialog.
8. Kertas Fakta
Jualan perkataan bagi iklan Khidmat Hebahan, iklan . maklumat dibaca akan disampaikan oleh juruhebah dengan secara langsung. Kesan bergantung pada mood DJ.
9. Skrip Langsung
Hampir sama dengan Kertas Fakta, Skripnya lebih sempurna dengan bahasa baku tanpa loghat daerah.
10. Gabungan Langsung Dan Pita Muzik
Menggunakan Minus One secara terus tanpa rakaman.
11. Pita Rakaman
Pita yang sudah siap dirakamkan termasuk suntingan, maklumat dan sebagainya.
- 26 –
IKLAN RADIO
Elemen Skrip Iklan Radio
Dialog – Katabual berkaitan Produk
Kesan Bunyi – Rakaman bunyi daripada pelbagai sumber untuk mengujudkan suasana
didalam iklan.
Dendang (Jinggle) – Muzik daripada lagu Hit
Lagu yang telah diubahsuai senikatanya
Lagu yang direka / dicipta khas
Voice Over – Wujud diawal, pertengahan dan diakhir komersil untuk menekankan
tentang jenama, kelebihan utama dan slogan.
Kaedah Copy Platform untuk iklan Radio – ciri-ciri yang harus ada:-
Mesej mudah
Nama pengiklan disebut berkali-kali di permulaan, pertengahan dan akhir.
Gunakan gambaran yang jelas.
Dalam masa 5 –8 saat permulaan jangan sekali-kali menggunakan kata-kata yang menyiggung perasaan dan mengganggu sesuatu lagu contohnya.
Tempoh Sesuatu Iklan
Minimum 10 saat
Maksimum 125 saat – Satu Iklan 30 saat 2 kali lebih baik dari iklan 60 saat.
Kadar bayaran masa dipilih contohnya:-
9.00 pagi – 4.00 petang
11.0 petang – 7.30 petang
11.0 petang – 9.00 malam
9.00 malam – 11.00 malam
11.00 malam – 1.00 pagi – pinggiran akhir
Kesan Bunyi – Berkesan dan mampu difahami dan berkesan
Contohnya:- Bunyi hujan harus benar-benar seperti bunyi hujan sebenar. Jika ia
tidak berkesan ia tidak akan diendahkan dalam iklan.
Jangan takut menggunakan kesan muzik dalam kesan bunyi.
Jangan tergopoh gapah – 30 saat 2 kali lebih baik dari 60 saat komersil
Berhati-hati dengan jenaka.- Experiment terlebih dahulu sebelum skrip ditulis, kata-kata spontan lebih baik dari Skrip.
Komersil hendaklah mudah
Mesej yang mudah, cepat diingat kanak-kanak juga mudah memahaminya kerana
mereka tidak faham apa yang abstrak, memekankan mesej utama.
Sesuaikan komersil pada masa, tempat dan khalayak.
Cara persembahan yang berkesan
Jangan nampak seperti membaca skrip, ia akan memberi kesan, hiasan suara kesan bunyi yang menarik dan tidak membosankan.
- 27 -
CARA KREATIF UNTUK IKLAN
1. Demo Keluar – Bagaimana keluarannya, barang sesuai untuk iklan radio
2. Kuasa Suara – Suara unik dan ada nilai komersil – pelakun Voice Over
3. Bunyi elektronik – mesej
WAWANCARA PELANGGAN
1. Secara spontan – penanya dan pengguna, tidak dirancang.
Wawancara Palsu - Tidak begitu sesuai dan tidak serius – ucapan dan kenyataan
berlebih- lebihan tidak memberi apa-apa kesan.
3. Mengikut Sukaramai - Komersil hebat yang berupa lakunan
4. Kuasa Pelawak - Pelawak menguasai iklan dengan jenakanya sendiri
5. Kesan Gambar Bunyi - Bagaimana kesan bunyi menimbulkan imiginasi
6. Demografi - Muzik atau rujukan.
Wawancara Dengan Orang Terkenal - Mengesahkan keluaran dengan tidak formal,
pelakun ahli politik dan sebagainya.
8. Penggubahan spontan - Tanpa sebarang persiapan terlebih dahulu
9. Kepintaran Menyunting - Beberapa lagu disambung menjadi satu muzik yang tidak putus
menggunakan komputer.
PRESTASI KOMUNIKASI
1. Peringkat Perkembangan – Sejak lahir
2. Peringkat Statik – Tidak boleh menerima sebarang mesej
3. Peringkat Komunikator – Mengalami kemerosotan dari segi komunikasi, Tidak memberi
kesan prertasi komunikasi, boleh dikawal dengan tidak minum
minuman keras.
Melambatkan persaraan pembelajaran – sentiasa menggunakan otak – mampu mengekalkan prestasi ingatan .
Prestasi
Nyanyok
10 20 40 50 Umur
- 28 -
IKLAN TELEVISYEN
Keberkesanan / Kelebihan
Bentuk Penyediaan
Teknik
Format
Format Skrip
Story Board
Proses Penerbitan
Arahan-arahan Video
Teknik Suntingan
Kesan Khas
Iklan TV – terbukti mampu mempengaruhi penonton dan berkesan khususnya kanak-kanak,
remaja.
Negetif – Unsur-unsur budaya barat diikuti.
Positif – Iklan TV mempunyai kekuatan dan mengujudkan kepercayaan pelanggaan, Kuasa
beli akan longgar jika iklan tidak tepat.
BENTUK PERSEMBAHAN
Dari Pengiklan Kepada Pengguna
1. Dalam bentuk Pita Video
Menggunakan kamera Video – dalam rakaman Video dirakam serentak. Kos lebih murah dan mudah, kecil dan mudah dibawa juga dalam studio. Anggle tidak terkongkong dan imej lebih rialistik , rakaman senang disunting.
Filem
Saiz diguna 16mm (Paling kecil)-bidang luas 35mm tidak perlu kanta pembetul – memenuhi skrin TV.
Untuk penggmbaran filem menggunakan negetif filem ditukar pada positif filem.
Memberi peluang pada pelakun dan latar belakang, shoot sedikit demi sedikit.
Salinan filem adalah murah, terdapat bentuk penggambaran filen ditukar pada video dimasukkan kesan khas – proses dikawal.
Teknik-teknik Persembahan Dalam Iklam TV
1. Lakunan Hidup
Universal – Biasa digunakan dalam bentuk penceritaan watak yang hidup, realistik dalam keadaan lucu, emosional dan sebainya. (*rujuk Nada & Gaya)
2. Animasi (Dalangan)
Peringkat awal dipanggil katun – cara penyediaan gambar Pegun dalam bentuk Ilutrasi, dilukis bingkai demi bingkai dengan perbezaan-perbezaan tertentu yang mengujudkan gerakan atau aksi bila bingkai-bingkai ditayangkan semula. Animasi digunakan apabila lakunan hidup tidak sesuai mengujudkan watak sesuatu persembahan itu. Komputer Grafik membantu mendapatkan kesan impresif (menarik dan luarbiasa).
Teknik Lama - 1 saat = 24 ilutrasi
30 saat = 24 x 30 = 720
30 minit = 720 x 180 = Drawing
- 29 -
3. Gambar Pegun
Gambar tidak hidup dan jangkamasa iklan juga tidak lama 10 saat. Kos yang murah tetapi berkesan jika sesuai.
4. Gerak Henti (Stop Motion)
Kreatif seperti Animasi – Objek 3D diguna sebagai pelakun, beberapa patung, boneka yang ada watak, replika barangan, model-model kecil yang dirakam pergerakan satu persatu hingga mengujudkan aksi dalam sesebuah filem iklan.
FORMAT IKLAN TV
1. Demontrasi – Pertunjuakan rekaan mempamer kelebihan Produk:-
1. - Pertandingan jenama saingan dan diiklankan
2. -Demontrasi tanpa saingan, pada akhir saingan demontrasi menunkukkan
keberkesanan/ kelebihan jenama.
2. Kehidupan – Biasa diguna ialah masaalah seharian yang dihadapi oleh pengguna,
surirumah, remaja, kanak-kanak dan bayi.
Jurucakap – Pengakuan oleh orang-orang terkenal tentang kebaikan produk terhadap
dirinya biasanya pelakun yang Top (Public figure)
4. Gaya Hidup – Penting apabila kita tahu gaya hidup pengguna sakan. Remaja – keperluan
sesaorang remaja samaada dengan produk atau tanpa produk. Contohnya
rokok – Iklan tanpa rokok tetapi jenama ada.
5. Dalangan – Katun atau patung diguna dalam persembahan.
Gambar Cerita (Story Board)
Dihasilkan dari skrip – tidak dinyatakan apa yang harus dibuat – Kesan bunyi,
muzik, dialog dirancang di dalam story board.
Dibuat melalui lukisan – ilutrasi yang sempurna, guna komputer edit imej.
Proses Kerja (Iklan TV)
Boleh terbahagi pada tiga fasa:-
1. Pra penerbitan : Penyediaan Skrip (Story board)
a. Pilih pelakun
b. Latihan
c. Pakaian – sesuai dengan iklan
d. Peralatan
e. Budget
f. Pembekal teknikal – sewa peralatan
g. Pengangkutan – untuk penggambaran di tempat yang jauh.
2. Penerbitan : Penggambaran – berdasar story board yang telah dirangka.
Sins demi sins
3. Pos penerbitan – Proses filem
a. Penyuntingan
b. Menokok kesan bunyi
c. Mengadun audio dan video
d. Selepas siap barulah dibuat salinan (copy)
- 30 –
ARAHAN- ARAHAN VIDEO
DI MASUKKAN KE DALAM STORY BOARD
Tangkap Padat (Extreme Close-Up) – Jarak paling hampir dengan objek, contoh
bahagian wajah tanpa organ-organ yang lain,
biasanya diiringi dengan kata-kata penyampai.
Tangkap Dekat (Close-Up) – Seluruh wajah (objek) nampak, contoh hidangan diatas
meja – kita tahu hidangan tersebut di atas meja dari
gambaran yang dibuat, Ia tidak mengganggu penonton,
boleh menjimatkan penggunaan latar belakang.
Tangkap Sederhana ( Medium Shoot) – Selalunya dari pinggang keatas – separuh penuh,
latar belakang mungkin nampak di bahagian
belakang – selalunya gambar lebih dari seorang.
Tangkap Jauh (Long shoot) – Tangkap penentu, Prop, suasana perlu di set dengan rapi,
peralatan atau entiti perlu dikawal – memperlihatkan
keseluruhan ruang.
PERGERAKAN KAMERA (Camera Moves)
Luru Masuk, Luru Keluar (Zoom In, zoom out) – Pergerakan ke dalam, pergerakan
keluar – mendekati objek dan menjauhi objek.
Jejak Masuk, jejak keluar (Dolly In, dolly out) – Guna teknik zoom atau membawa
sendiri kamera kearah objek.
Pendar Kanan, pendar kiri (Pen right, pen left) – Merakam gambar dari kiri ke kanan
atau dari kanan ke kiri.
Dongak, Junam (Tilt Up, tilt down) – Kamera bergerak ke atas atau ke bawah dengan
tidak menggerakkan kaki.
TRANSISI VIDEO
Bukan berlaku dalam penggambaran tetapi semasa editing.
Hentikan (Cut) – Untuk memotong adigan dan disambung semula semasa editing.
Serap – Cara Vertical atau Horizontal – a. Singkapan
Gulungan
Flip/Lipatan
Putaran
KESAN KHAS
Kelir Sisih – Mempamerkan lebih banyak gambar dalam satu sins – Situasi
perbandingansesuatu perkara.
Pemayang – Bayangan gambar asal belakang ditukar kepada latar belakang baru.
Sarikata Tindih – Perkataan ditindih di atas adigan – slogan untuk menegaskan
sesuatu mesej.
- 31 -
POS LANGSUNG
Mesej pengiklanan peribadi
Dalam bentuk koleksi (Katalog)
Menggunakan sampul surat berstem
Kelebihan Pos Langsung
Fleksibeliti – bebas
Boleh dituju pada khalayak
Senarai nama, prospek mudah didapati
Kesan peribadi kaedah ini adalah penting
Mudah dan cepat
Kelemahan
Sekiranya menggunakan cetakan warna – kos tinggi
Kos mendapatkan senarai prospek
Faktor masa – kelambatan sebaran bahan-bahan untuk promosi
Tidak mempunyai sokongan dari segi editorial.
Jenis-jenis dokumen yang dimasukkan dalam pos langsuang
1. Surat Jualan – Ringkasan dari penplet, dicetak atau ditaip
2. Helaian Sahaja – Juga dilampir dalam surat jualan
3. Folder
Surat Pos Diri (Seft mailer) – Lipatan poskad dan sebagainya, disampai melalui
pos tanpa sampul surat.
5. Pokad – Menggunakan pos atau sendiri
6. Helaian Cetak Semula – Diambil dari rencana-rencana yang telah diterbitkan dan
dicetak semula dan disebar semula.
7. Katalog (Risalah bergambar) – Risalah rujukan yang mengandungi senarai yang
menerangkan barangan, harga dan maklumat lain serta dihiasi gambar.
Majalah Syarikat – Dibuat/diterbit secara bulanan, tiga bulan sekali dan
sebagainya, selalunya bekas pengguna perkhidmatan ini.
MEDIA LUARAN
Poster, Iklan Persinggahan
Boleh ujud dalam paparan - Poster 30 hamparan - 9’7” X 21’ 7”
Poster 24 hamparan - 8’8” X 19’ 6”
Poster Santak - 10’ 5” X 22’ 8”
Dengan adanya informasi yang kami sajikan tentang kata-kata lucu tentang iklan musik
, harapan kami semoga anda dapat terbantu dan menjadi sebuah rujukan anda. Atau juga anda bisa melihat referensi lain kami juga yang lain dimana tidak kalah bagusnya tentang ANALISIS PENGARUH DAYA TARIK PRODUK DAN MUTU PELAYANAN UNTUK MENINGKATKAN MINAT BELI KONSUMEN
. Sekian dan kami ucapkan terima kasih atas kunjungannya.
buka contoh marketing :www.angelfire.com/ms/nagasakti/Grap2
No comments:
Post a Comment